5 research outputs found

    Sumbangan Tok Guru Haji Abbas dalam penubuhan sekolah kluster kecemerlangan

    Get PDF
    Penulisan ini mengkaji latar belakang tokoh ulama Melayu yang bernama Tok Guru Haji Abbas. Beliau merupakan perintis salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Terengganu. Beliau telah menubuhkan Pondok Tok Jiring pada tahun 1953 dan kini pondok tersebut telah dinaiktaraf menjadi salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan terkenal di negeri Terenggganu. Sekolah yang dimaksudkan ialah SMKA Dato’ Haji Abbas. Kajian ini membincangkan sumbangan tokoh dalam bidang pendidikan. Kajian menggunakan satu metode yang utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan latar belakang tokoh, pendidikan beliau dan sumbangannya dalam bidang pendidikan di Terengganu. Selain itu, kajian turut mengenalpasti mereka yang pernah berguru dengan tokoh. Hasil kajian mendapati bahawa Tok Guru Haji Abbas bukan sahaja perintis kepada Pondok Tok Jiring malahan turut mengasaskan beberapa tempat belajar di Terengganu dan Kelantan di samping menghasilkan beberapa karya ilmiah

    Elemen Perbelanjaan dalam Perkahwinan Melayu: Tinjauan Hukum dari Perspektif Fiqh Kontemporari

    Get PDF
    Terdapat beberapa jenis perbelanjaan dalam perkahwinan Melayu di Malaysia. Justeru, penulisan ini mengkaji elemen-elemen perbelanjaan tersebut. Antara elemen perbelanjaan tersebut ialah perbelanjaan bagi tujuan majlis perkahwinan iaitu hantaran kahwin dan kad kahwin. Sejarah menyaksikan masyarakat umumnya keliru tentang hantaran kahwin dan mas kahwin. Selain itu, ahli masyarakat juga gemar mengadakan majlis perkahwinan yang serba mewah sehingga menyebabkan mereka terbeban. Kajian ini turut membincangkan bagaimana hantaran kahwin yang rendah serta majlis perkahwinan yang sederhana mampu merealisasikan maqasid al- syariah iaitu memelihara harta. Kajian menggunakan satu metode utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan sorotan sejarah hantaran kahwin dan nilainya dalam ‘urf Melayu di samping analisis elemen perbelanjaan yang dituntut dalam Islam. Hasil kajian mendapati bahawa Islam tidak melarang kewujudan elemen perbelanjaan perkahwinan tersebut tetapi ia perlulah dalam kadar yang sederhana dan tidak membebankan

    Kecerdasan Spiritual Menurut Perspektif Hadis: Spiritual Intelligence by Hadiths Perspective

    No full text
    Spiritual intelligence is a psychological construct that has begun to gain attention from scholars in the psychology field. Existing theories and conceptual frameworks regarding spiritual intelligence mainly refer to western scholars. However, the theories and conceptual frameworks proposed by the western scholars are not suitable to be used as a benchmark in the life of a Muslim. Thus, the purpose of this article is to analyse the spiritual intelligence concept based of the perspective of hadiths using the content analysis method by identifying the relevant hadiths that relate to spiritual intelligence. The study has found that hadith describes faith as the foundation of spiritual intelligence. In addition, the study also found that amongst spiritual elements highlighted in hadiths are piety, love towards Allah and the Prophet, self-confidence and steadfast patience. ABSTRAK Kecerdasan Spiritual pula merupakan konstruk psikologi yang mula mendapat perhatian dari para sarjana dalam bidang psikologi. Sebelum ini banyak teori dan kerangka konsep berkaitan kecerdasan spiritual dirujuk kepada sarjana Barat. Walau bagaimanapun, teori dan kerangka konsep yang dikemukakan oleh mereka adalah tidak sesuai untuk dijadikan kayu ukur dalam hidup seorang muslim. Oleh itu tujuan artikel ini ditulis adalah untuk mengupas konsep kecerdasan spiritual dari perspektif hadis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan iaitu dengan mengenal pasti hadis-hadis Rasulullah SAW yang berkaitan dengan kecerdasan spiritual. Kajian mendapati hadis menerangkan bahawa asas kecerdasan spiritual adalah iman. Kajian juga mendapati antara elemen spiritual yang dipetik daripada hadis adalah elemen takwa, cinta terhadap Allah dan Rasul, yakin dengan diri dan mempunyai kesabaran yang tinggi

    Spiritual di dalam al-Quran: konsep dan konstruk: Spiritual in the Quran: concepts and constructs

    No full text
    Keperluan manusia terhadap spiritual dan hidup yang lebih bermakna sebagai satu solusi terhadap krisis spiritual yang dihadapi oleh masyarakat moden kini, telah sekian lama diperbincangkan oleh para sarjana. Beberapa ahli Psikologi Barat seperti Maslow, Frankl, Zohar dan Marshall telah menunjukkan signifikan hubungan antara jasad dan spiritual manusia dengan kejayaan hidup seseorang. Namun, teori mereka menolak perkaitan antara spiritual  dengan agama dan mereka  mengatakan spiritual hanyalah aspirasi manusia untuk hidup. Pandangan tersebut bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Islam. Justeru, kertas kerja ini mengupas berkaitan konsep spiritual di dalam al-Quran dengan menggunakan kaedah analisis kandungan secara tematik iaitu dengan mengenal pasti ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan spiritual seterusnya memaparkan bagaimana al-Quran membahaskan konstruk spiritual ini di dalam ayat-ayatnya. Kajian mendapati, al-Quran menekankan bahawa spiritual merupakan kebangkitan atau pencerahan diri dalam mencapai tujuan atau makna kehidupan, di mana asas kebahagiaan dan kesejahteraan seseorang datang dari spiritual yang baik. Al-Quran turut menyebut al-lubb, al–sadr, al-ra’y dan al-fu’ad sebagai konstruk  spiritual di samping al-qalb, al-ruh, al-nafs dan al-‘aql yang sememangnya telah pun digariskan oleh para sarjana Muslim sebelum ini

    Historiografi Liberalisme dalam Kalangan Masyarakat Barat: The Liberalism Historiography Among The Western Society

    No full text
    This study explains the historiography of liberal thinking. It dated back to the Rome and progressed until the renaissance and the post-modern era. This study also describes the implication of the changes of Bibles, the feudalist autonomy and church domination in the formation of liberalism amongst the Western society. The development of liberalism in the Western culture emphasises human as the central axis of decision making. Thinking pattern that rejects religion and its rules in the decision making and evaluation process of certain actions. The Western society accepts liberalism as an idea of progress that must be preserved. Liberalism frees those who want to be prosperous and progressive in dominating the world from the ties and rules of religion, which it sees them as the opium of the society. The rejection of faith in life is the fundamental idea that underlies the construction of the modern Western civilisation. The study used content analysis methodology in obtaining the data and facts from books and documents about liberalism. This study showed that liberalism that has been the mantra of the Western society had become the choice among a small number of Muslim in Malaysia. This development is marked by the emergence of the view that rejects the role of Shariah rulings in life such as hijab, men as the imam (leader) for prayers and marital guardian, inheritance, etc. The adaptation of Western liberalism by the Muslim society is inappropriate as Islam is the religion that liberates humans from human slavery and places good values onto the personality and humanity itself. ABSTRAK Kajian ini menerangkan tentang sejarah atau historiografi pemikiran liberal. Ia bermula semenjak zaman Yunani, Rom sehinggalah era renaissance dan pasca moden. Kajian ini juga menerangkan implikasi kepada perubahan Kitab Bible, penguasaan golongan feudal dan dominasi gereja dalam membentuk liberalisme dalam masyarakat Barat. Perkembangan liberalisme dalam masyarakat Barat menekankan manusia sebagai objek kepada paksi membuat keputusan. Pemikiran yang menolak campur tangan dan peraturan agama dalam menentukan keputusan dan penilaian kepada sesuatu tindakan. Masyarakat Barat menerima liberalisme sebagai satu idea kemajuan yang perlu dipertahankan. Mereka yang mahu berjaya dan maju ke hadapan menguasai dunia mesti bebas dari ikatan dan peraturan agama yang dianggap sebagai candu masyarakat. Penolakan peranan agama dalam kehidupan merupakan gagasan besar yang membina tamadun Barat moden. Metodologi penulisan kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap data dan fakta yang diperoleh daripada buku-buku dan dokumen yang berkaitan liberalisme. Kajian menunjukkan pemikiran liberal yang menjadi anutan masyarakat Barat menjadi pilihan sebahagian kecil masyarakat Islam di Malaysia. Muncul pandangan yang menolak dominasi syariat dalam kehidupan seperti kewajipan memakai hijab, lelaki sebagai imam solat dan wali perkahwinan, pewarisan harta pusaka dan lain-lain. Adaptasi pemikiran liberal Barat kepada masyarakat Islam adalah suatu yang tidak wajar kerana Islam adalah agama yang memerdekakan manusia daripada penghambaan sesama manusia dan meletakkan nilai mulia kepada peribadi dan kemanusiaan itu sendiri
    corecore